Tag: PICK

Posted on: 25/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK: Vaksinasi untuk remaja di Miri bermula hari ini

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri akan melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi golongan remaja berusia antara 12 dan 15 tahun di Bahagian Miri bermula esok (Sabtu). JPBB Miri dalam kenyataan semalam berkata  jadual pelaksanaan pemberian vaksin kepada golongan remaja berkenaan telah ditetapkan hasil perbincangan dan persetujuan Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Subis dan Baram bersama-sama Pejabat Kesihatan Bahagian Miri. “Pemberian suntikan vaksin bagi remaja berumur 12 hingga 15 tahun ini akan…

Posted on: 24/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PICK remaja: Ibu bapa lega, satu ikhtiar anak-anak selamat ke sekolah

Rata-rata ibu bapa kepada remaja yang akan memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka bulan depan ketika ditemui di sini menarik nafas lega selepas anak-anak mereka menerima vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja. Tinjauan Bernama mendapati ada ibu bapa yang sanggup menunggu lebih sejam bagi mendaftar anak-anak mereka untuk mengambil vaksin secara jumpa terus sebaik sahaja pendaftaran dibuka di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Spice di Bayan Baru, dekat…

Posted on: 24/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lebih 19 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19

Seramai 19,156,694 individu atau 81.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam. Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi  portal COVIDNOW hari ini,  Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat semalam juga,  sebanyak 93.3 peratus atau 21,847,551 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Selain itu, seramai 23,703 individu atau 0.8 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam. Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 326,612…

Posted on: 23/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PICK remaja: Pelajar sekolah harian terima vaksin secara berjadual

Pelajar sekolah harian akan menerima vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja secara berjadual dan bergiliran mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan di pusat pemberian vaksin (PPV). Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata jadual vaksinasi yang dipersetujui pejabat kesihatan daerah (PKD) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) akan dikeluarkan pihak sekolah masing-masing untuk edaran kepada pelajar dan ibu bapa. Bagi remaja di sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan Majlis Amanah…

Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PICK remaja akan dilaksanakan secara ‘walk-in’ berjadual mulai Khamis ini

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja)  akan dilaksanakan secara ‘walk-in’ (jumpa terus) berjadual mulai Khamis ini, bagi memudah dan mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin kepada remaja. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata sebanyak 156 pusat pemberian vaksin (PPV) Awam dan Integrasi di seluruh negara, telah dikenal pasti untuk tujuan itu dengan inisiatif bersama Kementerian Pendidikan. “Ini setelah mengambil kira PICK populasi dewasa yang hampir mencapai sasaran…

Posted on: 21/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Ibu bapa tidak perlu risau PICK Remaja

Semua ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi institusi pendidikan masing-masing dan melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar segera. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menyasarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebagai persediaan menjelang pembukaan sekolah dengan selamat. Berita selanjutnya: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/ibu-bapa-tidak-perlu-risau-pick-remaja/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 20/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bekalan vaksin COVID-19 mencukupi bagi program dos ketiga, PICK remaja

Bekalan vaksin COVID-19 bagi program pemberian dos ketiga (dos penggalak) dan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) adalah mencukupi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. “Dari segi bekalan insya-Allah cukup,” katanya dalam sidang media sempena pelancaran PICK Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8, di sini hari ini. Perdana Menteri  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19, selepas liputan imunisasi populasi dewasa di…

Posted on: 20/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PICK Remaja bermula hari ini, libatkan 3.2 juta remaja

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan secara rasmi hari ini dengan menyasarkan penglibatan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata pelaksanaan PICK Remaja dilakukan melalui beberapa kaedah antaranya secara jangkau luar (outreach) ke sekolah atau institusi secara berjadual, suntikan di klinik kesihatan dan hospital serta kaedah jumpa terus (walk-in) di pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di seluruh negara. “Remaja yang menerima suntikan…

Posted on: 11/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

3 faktor individu lengkap divaksin masih tiada sijil digital

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengenal pasti tiga faktor utama yang menyebabkan ada individu yang sudah lengkap dua dos namun masih belum menerima sijil digital vaksin. Tiga faktor terbabit ialah nombor siri vaksin yang tidak dikemaskini di stesen terakhir, maklumat penerima dalam aplikasi MySejahtera berbeza dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta suntikan vaksin di luar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Berita selanjutnya: https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/3-faktor-individu-lengkap-divaksin-masih-tiada-sijil-digital/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 11/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

‘Vaksinasi remaja diperluas ke negeri capai imuniti kelompok’

Pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada remaja boleh diperluas ke negeri lain yang sudah mencapai imuniti kelompok. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagaimanapun tumpuan ketika ini diberikan untuk memastikan golongan dewasa divaksin terlebih dahulu menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862551/vaksinasi-remaja-diperluas-ke-negeri-capai-imuniti-kelompok Sumber: Berita Harian