Tag: Portal

Posted on: 24/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Portal RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS (RMKe-12), boleh diakses hari ini

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Dokumen Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12)di Parlimen pada 27 September 2021. Bagi memudahkan orang ramai mendapat maklumat dan keterangan lanjut mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan RMKe-12 dan aktiviti-aktiviti promosi yang dilaksanakan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan melancarkan Portal Rancangan Malaysia  Kedua Belas (RMke-12). Sehubungan itu, portal berkenaan boleh diakses melalui capaian https://rmke12.epu.gov.my bermula hari ini.