Tag: PPN

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SABAH: Beralih ke Fasa Tiga PPN Isnin ini

Sabah layak beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara  (PPN) berkuat kuasa Isnin ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun. Masidi memaklumkan perkara itu melalui laman sosial Twitternya semalam dan berdasarkan laman sesawang PPN, tiga indikator utama penentuan nilai ambang PPN ialah purata kes harian COVID-19, penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi dan peratusan populasi layak yang divaksinasi sepenuhnya. “Sabah layak beralih ke Fasa 3, Pelan…

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lembah Klang, Melaka beralih ke Fasa Empat Isnin ini

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta Melaka akan beralih daripada Fasa Tiga kepada Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini (18 Oktober). Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula akan beralih daripada Fasa Dua kepada Fasa Tiga berkuat kuasa tarikh sama. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID19 yang dipengerusikannya semalam. Beliau…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Jemaah di Kelantan syukur dapat laksana solat Jumaat di masjid

Penduduk di daerah ini meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali menunaikan solat Jumaat di masjid hari ini setelah sekian lama tidak berpeluang menjejakkan kaki ke rumah ibadat susulan pandemik COVID-19. Kelantan yang kini dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) membenarkan had bilangan jemaah untuk menunaikan solat fardu lima waktu termasuk solat Jumaat mengikut kapasiti sebenar masjid, surau dan musala di seluruh negeri itu. Tinjauan Bernama di Masjid Muhammadi, di…

Posted on: 07/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PPN: Johor beralih ke Fasa Tiga, Pahang ke Fasa Empat esok

Johor bakal beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) manakala Pahang pula beralih ke Fasa Empat berkuat kuasa 8 Oktober ini, menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau dalam kenyataan berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 semalam.  “Peralihan fasa ini dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan…

Posted on: 28/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Terengganu dijangka masuki Fasa Empat PPN hujung Oktober depan

Terengganu dijangka beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) selewat-lewatnya pada hujung Oktober depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau berkata ia berdasarkan petunjuk dan perkembangan semasa seperti kadar peratusan lengkap divaksinasi bagi populasi dewasa yang sehingga kini telah mencapai tahap 82.7 peratus manakala bagi dos pertama telah melebihi 90 peratus. “Insya-Allah esok akan ada mesyuarat khas di peringkat pusat mengenai jawatankuasa khas pandemik yang dipengerusikan oleh Perdana…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rancangan Malaysia Ke-12 tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Persidangan Dewan Rakyat hari ini tertumpu kepada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, satu hala tuju yang bakal memacu negara bagi tempoh 2021-2025. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, Ismail Sabri dijangka mengemukakan usul RMK12 pada 11.30 pagi, sebaik selesai sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang bermula 10 pagi. Selain itu, takwim Dewan Rakyat memaklumkan selepas pembentangan itu, persidangan dewan…

Posted on: 26/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pastikan penyampaian maklumat tepat mengenai PPN, endemik – Annuar

Semua pihak termasuk pempengaruh media sosial  perlu membantu memastikan penyampaian maklumat yang tepat mengenai perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara ketika peralihan negara kepada fasa endemik.  Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pempengaruh bertanggungjawab dalam mendidik masyarakat dengan penyampaian maklumat menerusi naratif yang tepat mengenai inisiatif-inisiatif kerajaan dalam PPN.   Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam Segmen Optik: Pelan Pemulihan Negara menerusi program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM hari ini.…

Posted on: 23/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Negeri Sembilan beralih ke Fasa 4 PPN mulai Jumaat

Negeri Sembilan menjadi negeri pertama di Semenanjung beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang diadakan semalam. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/162893/BERITA/Nasional/Negeri-Sembilan-beralih-ke-Fasa-4-PPN-mulai-Jumaat Sumber: Sinar Harian

Posted on: 15/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sekolah dibuka secara berfasa petunjuk negara ke arah endemik

Pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat mulai 3 Oktober mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) di negeri-negeri memberi gambaran bahawa negara kini sedang bergerak ke peringkat endemik. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pendekatan secara berfasa itu juga menunjukkan bahawa negara akan kembali kepada keadaan sediakala. “Dalam konteks fasa PPN ini, kita sedang bawa negara kembali kepada keadaan sedia kala dengan memastikan tatacara dan peraturan yang kita bawa itu dapat…