Tag: Radzi Jidin

Posted on: 07/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

150,000 peranti di bawah Tabung Cerdik selesai diagih – Radzi

Kementerian Pendidikan (KPM) selesai mengagihkan sejumlah 150,000 peranti di bawah Tabung Cerdik kepada pelajar yang layak menerima di seluruh negara. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata inisiatif itu adalah sumbangan daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diselaraskan oleh Yayasan Hasanah di bawah Khazanah Nasional. Beliau berkata penerima terakhir peranti itu adalah pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji, Ipoh, Muhammad Harith Irfan…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Beri kelonggaran murid tidak pakai pakaian seragam ke sekolah

Pihak sekolah sekali lagi diingatkan agar memberi kelonggaran kepada pelajar yang hadir ke sekolah untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah, sebaliknya memadai memakai pakaian kemas dan sopan. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata perkara itu telahpun dinyatakan sebelum ini, namun masih terdapat rungutan daripada ibu bapa mengenai segelintir guru yang menetapkan syarat untuk pelajar mengenakan pakaian seragam lengkap. “Jadi saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa  pihak kementerian sebelum…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pengurusan sekolah dibenar periksa sijil vaksinasi guru

Pengurusan sekolah dibenar memeriksa sijil vaksinasi guru bermula hari ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Beliau berkata ia bagi memastikan tiada guru yang culas dalam mematuhi pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan penjawat awam. “Mulai hari ini pihak sekolah akan memeriksa sijil digital vaksinasi ini untuk memastikan setakat mana guru-guru yang betul-betul (mengambil vaksin). Maknanya dah periksa satu persatu sijll vaksinasi ini…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPM, KKM bincang pelajar Tingkatan Lima ke sekolah tanpa penggiliran

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kadar vaksinasi bagi membolehkan pelajar Tingkatan Lima ke sekolah tanpa penggiliran. Menterinya Datuk Dr Radzi Jidin berkata ia susulan peningkatan kadar vaksinasi pelajar Tingkatan Lima yang mencecah 97 peratus atau 371,696 pelajar menerima dos pertama, manakala 57.9 peratus (142,655 pelajar) telah lengkap divaksin. “Pelajar telah mula kembali ke sekolah dan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan dengan baik, namun ada kumpulan pelajar mungkin dipertimbangkan…

Posted on: 17/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pengudaraan semasa sesi persekolahan antara dibincangkan menerusi SLU di Melaka

Memastikan pengudaraan yang baik sepanjang sesi persekolahan secara bersemuka antara aspek dibincangkan menerusi satu sesi libat urus (SLU) pengoperasian sekolah di negeri ini yang diadakan semalam. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi Facebook rasmi beliau berkata SLU yang diadakan dalam empat sesi itu melibatkan guru sekolah rendah, menengah serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah rendah dan menengah di seluruh Melaka. “SLU ini menjurus kepada penjelasan dan…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Operasi sekolah bersemuka dilaksana dengan baik, teratur ikut SOP – Radzi

Pengoperasian sekolah menerusi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara bersemuka ketika ini dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur, mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi Facebook rasmi beliau hari ini berkata secara keseluruhan, hampir 300,000 murid telah hadir bagi PdP bersemuka pada minggu pertama pembukaan sekolah di negeri Fasa Dua, Tiga dan Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Oktober lepas. Bagaimanapun, katanya bagi negeri…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Program Inovator Digital untuk lahirkan bakat muda digital – Radzi

Kementerian Pendidikan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk mewujudkan Program Inovator Digital (DIP), program pendidikan menengah pertama Malaysia untuk inovator muda berbakat. Menteri Kanan Pendidikan  Datuk Dr Radzi Jidin berkata mereka yang terlibat akan menjadi sebahagian daripada Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dan akan memberi tumpuan kepada teknologi digital, keusahawanan dan kurikulum pembelajaran berasaskan projek. “Ini akan memastikan pengembangan bakat digital terbaik …

Posted on: 04/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

143,000 pelajar mula sesi persekolahan libatkan negeri Kumpulan A, B

Seramai 143,000 pelajar di sekolah seluruh negara, kecuali Kedah dan Johor, memulakan sesi persekolahan secara bersemuka setakat semalam dan hari ini, selepas kira-kira enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup berikutan penularan COVID-19. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata daripada jumlah itu seramai 94,000 pelajar dari negeri Kumpulan B –  Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Perlis, Sarawak dan Labuan – memulakan sesi persekolahan…

Posted on: 29/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pendidikan perlu pemimpin berdaya tahan

Krisis pandemik COVID-19 menuntut penyesuaian ketara serta cabaran baharu dalam bidang pendidikan yang perlu ditangani pemimpin berdaya tahan. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ketika negara berdepan pandemik, perubahan ketara dalam masyarakat, organisasi dan individu membawa ketidaktentuan dalam sistem konvensional. Beliau berkata, berikutan itu pemimpin berdaya tahan akan mengambil peluang ini untuk terus berkembang dan mengadaptasi menjelang fasa pemulihan. Katanya, pemimpin sedemikian bukan saja akan pulih daripada kesan…