Tag: Sabah

Posted on: 26/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SABAH- Seramai 1,817 penggiat industri pelancongan terima bantuan kewangan

Seramai 1,817 penggiat industri pelancongan di Sabah menerima bantuan kewangan secara berperingkat tahun ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Datuk Dr Noor Zari Hamat. Beliau berkata RM61 juta diperuntukkan bagi bantuan itu yang telah diberikan secara berperingkat kepada pemandu pelancong, pengusahaan pelancongan, Program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H), pengusaha spa dan pusat urut kaki serta program pengalaman homestay Malaysia berdaftar dengan MOTAC. “Melalui peruntukan yang diberikan ini, MOTAC akan meneruskan…

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Status kemajuan pembinaan Pan Borneo Sabah Fasa Satu 62 peratus

Status kemajuan pembinaan bagi 12 pakej kerja pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa Satu yang telah dimulakan hingga Oktober lepas adalah 62 peratus. Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata 12 pakej kerja itu juga telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja pembinaan setakat ini. “Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa Satu dengan anggaran jarak keseluruhan 706 km dibahagikan kepada 35 pakej kerja,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Beliau…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SABAH: Sebanyak 1,100 bakul makanan diagihkan kepada masyarakat India sempena Deepavali

Sebanyak 1,100 bakul makanan akan diagihkan kepada masyarakat India di Sabah bagi membantu meringankan beban mereka akibat COVID-19 di samping sebagai persiapan merayakan sambutan Deepavali pada Khamis ini.  Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata  sumbangan itu diharap akan memberi sinar kegembiraan kepada keluarga yang menerima sumbangan menjelang perayaan Deepavali. Beliau berkata kerajaan melalui pelbagai agensi sentiasa menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat kumpulan B40 bagi membantu meringankan sara hidup mereka. “Bantuan bakul makanan kepada…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SABAH: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Sabah akan diwujudkan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Sabah akan diwujudkan untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang berlarutan sejak sekian lama, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin. Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata pengwujudan suruhanjaya itu merupakan usaha jangka panjang dilakukan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah berkenaan selain berfungsi mengawasi perkhidmatan air dan pembetungan di negeri ini. Beliau berkata bagaimanapun pindaan terhadap Enakmen Bekalan Air Sabah perlu dibuat di Dewan…

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SABAH: Beralih ke Fasa Tiga PPN Isnin ini

Sabah layak beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara  (PPN) berkuat kuasa Isnin ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun. Masidi memaklumkan perkara itu melalui laman sosial Twitternya semalam dan berdasarkan laman sesawang PPN, tiga indikator utama penentuan nilai ambang PPN ialah purata kes harian COVID-19, penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi dan peratusan populasi layak yang divaksinasi sepenuhnya. “Sabah layak beralih ke Fasa 3, Pelan…

Posted on: 14/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SABAH: Rentas negeri bermula 1 November – Ketua Menteri

Kerajaan Sabah hari ini membenarkan aktiviti rentas negeri bermula 1 November depan meliputi lawatan sosial dan pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor. Bagaimanapun, beliau berkata kebenaran rentas negeri itu diberikan secara bersyarat iaitu penduduk dewasa perlu lengkap dos vaksin COVID-19, perlu menjalani ujian saringan COVID-19 jenis RT-PCR atau RTK-Ag (swab/saliva) tiga hari sebelum perjalanan. Katanya, bagi remaja berumur 12 hingga 18 tahun perlu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SABAH: Lancar projek rintis bas elektrik hujung tahun ini

Kerajaan negeri Sabah akan melaksanakan projek perintis bas elektrik hujung tahun ini di bandar raya Kota Kinabalu sebagai usaha menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) Datuk Jafry Ariffin.  Beliau berkata bas berkuasa elektrik atau e-Bus itu akan menjadi alternatif yang berdaya maju untuk perkhidmatan pengangkutan awam yang bersih dan memastikan pengangkutan awam negeri berada di landasan yang betul untuk masa depan.…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SABAH: Kanak-kanak dibenarkan masuk premis perniagaan

Kerajaan negeri Sabah membenarkan kanak-kanak dan remaja bawah 12 tahun untuk makan di premis (dine-in) dan masuki premis perniagaan, ditemani ibu bapa yang telah menerima dos lengkap vaksin COVID-19, berkuat kuasa, hari ini. Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, telah memperincikan beberapa syarat dan ketetapan tertentu bagi perkara itu. Berita selanjutnya : https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2021/10/875173/sabah-benarkan-kanak-kanak-masuk-premis-perniagaan Sumber : Berita Harian

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Harga tiket penerbangan laluan Sabah, Sarawak akan kembali ke paras purata

Harga tiket penerbangan domestik bagi laluan  ke Sabah dan Sarawak akan  kembali ke paras purata apabila jumlah kekerapan penerbangan beroperasi seperti biasa, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong. Justeru, beliau berkata kerajaan melalui Suruhajaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan meneruskan pemantauan terhadap harga tiket penerbangan bagi semua laluan penerbangan domestik termasuk laluan antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak. Beliau berkata harga tiket penerbangan yang tinggi itu adalah kesan daripada pelaksanaan had kapasiti penerbangan oleh…