Tag: Sarawak

Posted on: 17/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK- Infrastruktur digital jadi agenda penting pembangunan negeri

Kerajaan negeri Sarawak pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited untuk memastikan pembangunan infrastruktur digital menjadi antara agenda penting yang diberi tumpuan dalam konteks pembangunan negeri. Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Nancy Shukri berkata ini kerana pembangunan berkenaan dilihat sebagai faktor utama kejayaan dalam membantu Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030. Beliau berkata atas komitmen itu juga, banyak penekanan mula diberikan terhadap usaha…

Posted on: 11/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK- Tiga insentif kerajaan negeri kepada pelajar lanjut pengajian ke UTS

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan tiga insentif kerajaan negeri itu kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Sarawak (UTS). Insentif itu, yang merupakan inisiatif untuk menjadikan pendidikan mampu milik dan dapat diakses oleh rakyat Sarawak kurang berkemampuan, ialah Biasiswa Asasi UTS, Biasiswa Prasiswazah dan Pascasiswazah UTS dan Skim Bursari UTS. Beliau berkata pelajar juga boleh mendapatkan bantuan kewangan lain daripada Yayasan Sarawak dalam…

Posted on: 05/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK: Bas ekspres dibenar beroperasi pada kapasiti penuh bermula hari ini

Perkhidmatan bas ekspres dan bas berhenti-henti di Sarawak dibenar beroperasi pada kapasiti 100 peratus tempat duduk penumpang mulai esok, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). JPBN Sarawak dalam kenyataan semalam memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan saranan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) setelah mengambil kira kadar vaksinasi COVID-19 yang tinggi dan menyeluruh di negeri ini. “Pengusaha syarikat bas ekspres dan bas berhenti-henti serta penumpang juga diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan…

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK: Sibu bakal capai status bandar raya menjelang 2031

Kerajaan negeri Sarawak sedang berusaha menjadikan Sibu sebagai bandar ketiga berstatus bandar raya menjelang tahun 2031 dengan beberapa projek besar dalam perancangan untuk mencapai wawasan itu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Projek itu termasuk pelan pembangunan semula Bukit Assek, peluasan kawasan bandar dan komersial Sibu, menaik taraf infrastruktur digital dan membangunkan kawasan tanah gambut di Bukit Lima sebagai kawasan simpanan semula jadi. Untuk dilaksanakan dalam pelan jangka panjang Strategi Pembangunan…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tiket penerbangan ke Sarawak mahal enam kali ganda bagi tarikh 2-8 November

Harga tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak merekodkan antara satu hingga enam kali ganda lebih mahal bagi tarikh penerbangan antara 2 hingga 8 November 2021, berbanding harga tiket pada 2019. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberitahu Dewan Rakyat hari ini laporan itu adalah berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada 27 Oktober lepas. Bagi laluan Semenanjung ke Sabah pula, beliau berkata Mavcom mendapati harga tiket…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK: Jalan raya hubungkan rumah panjang di pedalaman Baram dijangka siap menjelang 2026

Jaringan jalan raya dari Miri yang menghubungkan rumah-rumah  panjang di kawasan pedalaman yang terdapat di Baram di sini dijangka siap menjelang 2026, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam. Menurut beliau, di bawah perancangan Badan Pembangunan Tanah Tinggi (HDA), jaringan jalan raya yang bermula dari Miri ke kawasan pedalaman Baram itu akan lengkap dengan pembangunan sebuah jambatan yang kini dibina menghubungkan Marudi dan Baram. “Apabila siap…

Posted on: 28/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK: Bangladesh berhasrat penuhi keperluan tenaga kerja

Bangladesh bersedia untuk memenuhi keperluan tenaga buruh di Sarawak dalam pelbagai sektor  terutamanya perladangan dan ini akan dilaksanakan antara kerajaan dengan kerajaan, kata Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Mohammad Khorshed A Khastagir semalam. Dalam kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, Mohamad Khorshed berkata Bangladesh akan mematuhi kriteria terkini Malaysia dalam pengambilan pekerja asing iaitu wajib lengkap dua…

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK: Polis kerah lebih 7,000 pegawai, anggota tambahan untuk PRN Sarawak

Lebih 7,000 pegawai dan anggota tambahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terlibat dalam tugasan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak akan datang, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim. Katanya jumlah ini akan ditambah jika diperlukan setelah PDRM memperoleh maklumat lengkap berhubung PRN-12 daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Setakat ini, jumlah anggota dan pegawai di Sarawak ada lebih 7,000 tetapi angkanya tidak dapat ditetapkan kerana kita belum dapat sepenuhnya pengumuman…

Posted on: 25/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Keluarga Malaysia tampilkan warna-warni seni budaya Sarawak

Pelancaran “Keluarga Malaysia” oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini menampilkan persembahan penuh warna-warni dengan tema kesenian serta kebudayaan negeri Sarawak. Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini itu dimulai dengan persembahan Muzik Tenunan Tanoti diikuti Muzikal Tari Sape Kue serta persembahan tarian kebudayaan pelbagai kaum di Sarawak. Selain itu, hadirin turut dipersembahkan dengan aneka  lagu patriotik dan nyanyian Lagu Keluarga Malaysia oleh artis jemputan seperti…

Posted on: 17/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK: Individu lengkap vaksinasi tidak lagi perlu mohon EnterSarawak

Individu dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang lengkap vaksinasi COVID-19 tidak lagi perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak untuk memasuki negeri itu berkuat kuasa Isnin ini, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak. JPBN Sarawak dalam kenyataan semalam memaklumkan  individu yang ingin memasuki Sarawak hanya perlu  mengisi Borang Deklarasi e-Health (eHDF), tidak diwajibkan menjalani saringan COVID-19,  wajib memiliki bukti status lengkap vaksinasi serta  wajib memiliki status ‘Risiko Rendah’ atau ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala’ sahaja…