Tag: Selangor

Posted on: 28/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: Selangor tawar enam projek Rumah Idaman

Kerajaan Negeri Selangor menawarkan enam projek perumahan mampu milik bernilai RM250,000 seunit di kawasan strategik danmembangun melalui Rumah Idaman yang akan dilancarkan bermula November depan. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata projek Rumah Idaman merupakan kerjasama kerajaan negeri dengan MGB Berhad dan LBS Bina Group, dibina khasuntuk rakyat Selangor yang bekerja serta tinggal di negeri itu dan pertama kali ingin memiliki rumah sendiri. Beliau berkata keenam-enam projek akan melibatkan…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Operasi sekolah di Melaka, Selangor, KL, Putrajaya ikut ketetapan Fasa Empat PPN mulai 1 November

Pengoperasian institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) mengikut ketetapan Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Melaka dan Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berkuat kuasa mulai 1 November ini. Pengoperasian institusi pendidikan mengikut ketetapan Fasa Tiga PPN bagi negeri Kedah dan Kelantan pula akan bermula pada 31 Okt, manakala Pulau Pinang, Perak dan Sabah mulai 1 November. KPM menerusi kenyataan semalam memaklumkan perubahan ketetapan pengoperasian itu adalah selaras peralihan Fasa Tiga kepada Fasa Empat…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: 165,000 penganggur direkodkan di Selangor setakat Jun tahun ini

Selangor merekodkan kadar pengangguran 4.4 peratus atau melibatkan 165,000 penganggur setakat Jun tahun ini susulan krisis pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak awal tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Mohd Khairuddin Othman. Katanya kerajaan negeri memandang berat kadar berkenaan dan berharap peratusan itu dapat diturunkan melalui penganjuran program Jelajah Selangor Bekerja 2021 yang menyediakan menawarkan hampir 25,000 peluang pekerjaan. Beliau berkata melalui penganjuran program yang melibatkan sebanyak…

Posted on: 02/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: 998 kawasan di Selangor dijangka alami gangguan bekalan air selama tiga hari mulai 13 Oktober

Sejumlah 998 kawasan sekitar Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula pada 13 Oktober pukul 9 pagi hingga 16 Oktober. Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Suhaimi Kamaralzaman berkata gangguan disebabkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) akan dihenti tugas untuk memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal. “Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala…

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: Projek LRAL 2 dilaksana sepenuhnya anak syarikat Kementerian Kewangan – Exco

Kerajaan negeri Selangor memaklumkan pengurusan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL 2) dilaksanakan sepenuhnya oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan. Exco Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim berkata kerajaan Selangor tidak dilibatkan secara langsung dan menyeluruh dalam pelaksanaan projek tersebut. Jelasnya, kerajaan negeri hanya terlibat dalam perkara berkaitan dengan tanah tapak projek dan permit…