Tag: Shahidan Kassim

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH- Kempen KL Cegah, KL Sihat: Usaha tingkat pengunjung ke Bukit Bintang

Kementerian Wilayah Persekutuan memperkenalkan kempen  ‘KL Cegah, KL Sihat’ dalam usaha meningkatkan keyakinan pengunjung domestik dan antarabangsa ke Bukit Bintang di sini, yang sinonim sebagai syurga makanan dan membeli-belah.  Menterinya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata menerusi kempen itu, beberapa platform diguna untuk mempromosikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan diharap menarik kedatangan pengunjung sekali gus mengembalikan kerancakan ekonomi negara. “Melalui kempen ini, video promosi pematuhan SOP dipertontonkan di premis-premis, selain penggunaan pelekat meja…

Posted on: 28/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: Bas elektrik di Wangsa Maju bermula 1 November

Perkhidmatan bas percuma GoKL akan mengaplikasikan penggunaan kenderaan elektrik bateri (BEV) sebagai usaha ke arah pengurangan karbon di ibu negara menjelang 2030. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sebagai perintis, sebuah bas elektrik akan mula beroperasi di Wangsa Maju 1 Nov ini iaitu perintis kepada perbandaran sifar karbon pertama di Kuala Lumpur. “Sejajar dengan itu, reka bentuk dan warna balutan luar turut diperbaharui dengan membawa tema hijau…

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: DBKL tambah 5,000 CCTV di sekitar ibu negara

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperluas dan menambah baik pengurusan pengangkutan bersepadu di sekitar ibu negara menerusi pemasangan 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) dengan ciri kecerdasan buatan (AI).  Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata 3,000 CCTV yang mempunyai fungsi AI telah dipasang bagi pengurusan sistem trafik pintar, pemantauan jenayah, pemantauan komuniti dan pemantauan aset DBKL. Beliau berkata baki 2,000 CCTV lagi akan dipasang menjelang akhir tahun…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: MRT laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus, dijangka beroperasi Januari 2023

Pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua kini siap  93.52 peratus dan dijangka beroperasi pada Januari 2023 seperti yang dijadualkan.  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata infrastruktur utama seperti terowong, stesen dan struktur lain telah siap dibina dan baki kerja yang perlu disiapkan antaranya merangkumi perkhidmatan bangunan, kemasan seni bina dan landskap.  “Saya amat berbesar hati melihat tahap kemajuan ini, dan saya yakin Fasa Dua Laluan…

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: Pusat Penjaja D’Laman Rasa, Sg Besi mula operasi esok

Pusat penjaja baharu, D’ Laman Rasa di pekan Sungai Besi di sini yang akan menempatkan 64 penjaja, dijangka memulakan operasi perniagaan secara berperingkat bermula 1 Oktober ini. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pusat penjaja yang dibina bermula tahun 2016 itu, menempatkan semula penjaja tepi jalan di sekitar pekan Sungai Besi. “Saya  berharap dengan siapnya pusat penjaja D’laman Rasa Sungai Besi ini, ia dapat  memberikan keselesaan  bukan sahaja  kepada penjaja, tetapi juga kepada pengunjung dan secara…