Tag: SOP

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penyelia Protokol Penggambaran perlu pastikan artis, kru patuh SOP – FINAS

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengingatkan kepada semua Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) yang dilantik syarikat produksi masing-masing untuk memastikan artis dan kru mematuhi garis panduan ditetapkan. Unit Komunikasi Korporat FINAS dalam kenyataan hari ini berkata ia susulan terdapat isu tular di portal dan media sosial berhubung kes jangkitan COVID-19 melibatkan syarikat produksi di sebuah lokasi penggambaran. “Penguat kuasa FINAS telah mengambil langkah proaktif bagi memantau aktiviti penggambaran filem di bawah…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pemimpin ingatkan orang ramai agar terus patuhi SOP

Memandangkan perjalanan rentas negeri dibenarkan bermula esok, orang ramai digesa agar tidak leka dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Menteri Kanan Pertahanan  Datuk Seri Hishammuddin Tun  Hussein dalam ciapan di Twitter beliau baru-baru ini berkata perkara paling utama dalam usaha menentang COVID-19 bermula dengan seseorang individu itu sendiri. “Terus patuhi semua langkah pencegahan #TRIIS (Uji,  Lapor, Asing, Maklum  dan  Dapatkan) dan SOP sedia ada. Menerusi #ReopeningSafely, marilah kita terus berwaspada,” katanya. Menteri…

Posted on: 25/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Pengayuh beca di Melaka akur

Rata-rata pengayuh beca di Melaka kecewa dengan keputusan kerajaan negeri menangguhkan pembukaan sektor pelancongan negeri pada 1 Oktober ini, namun kebanyakan mereka faham  dan akur dengan keputusan itu walaupun  telah membuat  segala  persediaan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang terpelihara. Sulaiman Abd Wahab, 62, berkata semua pengayuh beca di negeri ini  sanggup mengeluarkan belanja bagi  menghias dan mencantikkan beca mereka  selain memastikan masing-masing telah lengkap divaksin COVID-19 apabila diberitahu sektor pelancongan Melaka akan…

Posted on: 24/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SOP solat di masjid, surau sentiasa ditambah baik- Ahmad Marzuk

Prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani penularan pandemik COVID-19 melibatkan aktiviti ibadah di surau dan masjid sentiasa ditambah baik melalui kaedah muzakarah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI).  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata kaedah muzakarah yang disertai mufti dan pihak berkuasa agama negeri itu diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua bulan bagi membincangkan isu berkaitan…

Posted on: 19/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya pada Rabu dengan SOP ketat

Perlis membenarkan semua  masjid dibuka sepenuhnya mulai Rabu ini (22 Sept) dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) diperketat. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah hanya anak kariah yang telah melengkapkan vaksin COVID-19 akan dibenarkan hadir ke masjid. “Maksud vaksin lengkap adalah selepas 14 hari dari tarikh menerima suntikan dos kedua bagi vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac. “Bagi individu yang menerima vaksin jenis Johnson & Johnson dan…

Posted on: 14/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

COVID: Kerajaan sedang perkemas SOP, daripada 181 kepada 10 sahaja – Hishammuddin

Kerajaan sedang berusaha memperkemas prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 sedia ada supaya lebih difahami rakyat, golongan industri dan pihak yang menjalankan penguatkuasaan, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata buat masa ini, terdapat 181 SOP merangkumi keempat-empat fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kerajaan bermatlamat mengurangkannya kepada 10 SOP sahaja. “Langkah memperkemas SOP  yang telah diguna pakai selama lebih setahun ini tentunya akan mengambil sedikit masa namun kerajaan komited…

Posted on: 14/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan pastikan koordinasi penyampaian maklumat SOP lebih baik – Hishammuddin

Kerajaan akan memastikan koordinasi yang lebih baik antara kementerian berkaitan penyampaian maklumat prosedur operasi standard (SOP) dan informasi menuju fasa endemik COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien. Justeru itu, beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan diberi tanggungjawab sebagai koordinator dalam menggunakan semua platform komunikasi sedia ada bagi memastikan SOP dapat difahami dengan jelas dan mudah oleh rakyat. “Semua kementerian ada platform komunikasi masing-masing, kini kita minta KKMM untuk menyelaraskannya supaya maklumat…

Posted on: 14/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kemasukan fizikal ke IPT secara berperingkat mulai 15 Oktober

Kemasukan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) secara fizikal ke kampus akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Oktober ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini. Beliau berkata ia melibatkan pelajar yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, merangkumi semua kategori pelajar dan semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan. Melalui proses kemasukan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Sektor Pendidikan Tinggi: Pengoperasian IPT, Noraini…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Polis ambil tindakan tegas jika beriadah tanpa SOP

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap orang ramai sekiranya didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), terutamanya penjarakan fizikal ketika beriadah di tempat awam. Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Mastor Mohd Ariff berkata tindakan tersebut akan diambil sekiranya keadaan tidak dapat dikawal dan pengunjung terlalu ramai. “Kita tidak ada cadangan untuk menutup tempat awam yang didapati sesak kerana kita…

Posted on: 11/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

‘Masih beri nasihat, amaran sebelum kompaun’

 Polis masih menggunakan pendekatan nasihat dan amaran berbanding mengeluarkan kompaun kepada individu melakukan kesalahan ringan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di tempat awam. Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff, berkata pihaknya hanya akan mengeluarkan kompaun serta-merta kepada mereka yang mengulangi kesalahan dan masih berdegil dengan menghiraukan nasihat penguat kuasa. Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862476/masih-beri-nasihat-amaran-sebelum-kompaun Sumber: Berita Harian