Tag: Terengganu

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: 1,797 individu dapatkan rawatan kesihatan mental di Terengganu

Seramai 1,797 individu di  Terengganu telah mendapatkan rawatan kesihatan mental sejak Januari hingga September lepas, manakala sepanjang tahun lepas 2,144 individu mendapatkan rawatan berkenaan. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata ketika ini terdapat dua Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) di Terengganu yakni di Wakaf Tapai, Marang dan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Beliau berkata antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah rawatan psikiatri, kaunseling dan psikoterapi kepada individu yang…

Posted on: 25/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: MOSTI sedia bantu B40 usahakan projek minyak pokok gelam di Terengganu

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedia membantu lebih ramai golongan B40 terlibat dalam perusahaan minyak pokok gelam menerusi dana Malaysia Social Innovation (MySI). Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata ini adalah susulan kejayaan projek komuniti  yang dijalankan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama belia di Kampung Padang Jejawi, Setiu dan warga Pusat Tahfiz Lil Faizin di Seberang Takir. Beliau berkata minyak pokok gelam adalah satu sumber kekayaan yang boleh…

Posted on: 25/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: KMI Healthcare sasar pembinaan empat hospital baharu lima tahun lagi

Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare) milik kerajaan negeri Terengganu menyasarkan pembinaan empat lagi hospital baharu dalam tempoh lima tahun lagi, iaitu sebahagian daripada pelan pembangunan strategiknya. Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare Dr Rayney Azmi Ali berkata empat hospital tersebut ialah di Kemaman; Temerloh di Pahang; Kota Bharu, Kelantan dan di Pulau Pinang. “Pembinaan hospital dalam masa terdekat ialah di Kemaman dengan kapasiti 100 katil di tanah seluas 2.18 hektar milik…

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Bukit Besi bukan sekadar sejarah perlombongan, wujud perkampungan antarabangsa sejak 1929

Sejarah perlombongan di Bukit Besi bukan sahaja memaparkan memori peninggalan penjajah dalam sosioekonomi penduduk tempatan, tetapi juga bukti wujudnya perkampungan antarabangsa di negara ini sejak 1929. Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun Wan Mohd Rosli Wan Ngah berkata pada era kegemilangannya, kawasan itu didiami warga British, Amerika, Kanada, Australia, Belanda, Jerman, Afrika Selatan, India dan China. Katanya, tumpuan warga asing di situ menjadikan Bukit Besi dilengkapi pelbagai kemudahan moden termasuklah kolam…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Terengganu dijangka terima taburan hujan lebih lebat akhir bulan ini

Terengganu dijangka menerima taburan hujan lebih lebat bermula akhir bulan ini, yang berisiko mengakibatkan banjir di kawasan rendah dan penempatan berdekatan sungai. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Hanafiah Mat berkata berdasarkan data taburan hujan yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kebiasaannya Terengganu menerima sekitar 3,000 milimeter (mm) hujan setiap tahun. “Namun kali ini taburan hujan dijangka mencecah 3,400mm hingga 3,600mm. Setakat ini catatan taburan hujan ialah hampir 2,000mm dengan kadar hujan…

Posted on: 28/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Terengganu dijangka masuki Fasa Empat PPN hujung Oktober depan

Terengganu dijangka beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) selewat-lewatnya pada hujung Oktober depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau berkata ia berdasarkan petunjuk dan perkembangan semasa seperti kadar peratusan lengkap divaksinasi bagi populasi dewasa yang sehingga kini telah mencapai tahap 82.7 peratus manakala bagi dos pertama telah melebihi 90 peratus. “Insya-Allah esok akan ada mesyuarat khas di peringkat pusat mengenai jawatankuasa khas pandemik yang dipengerusikan oleh Perdana…

Posted on: 28/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Bil air percuma untuk 28,700 akaun pengguna terjejas di Terengganu

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) hari ini mengumumkan pengecualian pembayaran bil kepada 28,700 akaun pengguna domestik yang terjejas dalam krisis gangguan bekalan air baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu Dr Mamad Puteh berkata pengecualian itu adalah untuk dua bulan iaitu bagi bil Oktober dan November. “Pengecualian bayaran bil ini melibatkan anggaran kos sebanyak RM1.2 juta yang melibatkan penggunaan air sebanyak dua juta meter…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Terengganu mula vaksinasi gelandangan

Kerajaan Terengganu memulakan program vaksinasi COVID-19 kepada golongan gelandangan di beberapa lokasi di sekitar daerah ini, malam tadi. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ahmad Shah Mohamed berkata seramai 18 gelandangan telah menerima suntikan dos tunggal vaksin jenis CanSino. Setakat ini, dianggarkan terdapat 50 gelandangan di sekitar daerah Kuala Terengganu. “Sambutan yang diterima sangat baik kerana gelandangan telah diberi penerangan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang…