Tag: Undi 18

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Undi 18 tidak dilaksanakan segera berikutan banyak perkara perlu diselesaikan, COVID-19

Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, tidak bermaksud ia akan dilaksanakan segera selepas pindaan itu dilakukan pada 2019, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini kerana banyak perkara perlu diteliti bagi memastikan pelaksanaannya kelak berjalan lancar termasuk isu daftar pemilih. “Apabila perlembagaan dipinda pada 2019, jangka masa untuk pelaksanaan di…

Posted on: 20/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Undi 18: Kerajaan ingin beri kuasa besar kepada anak muda – PM

Kerajaan ingin memberikan kuasa yang besar kepada anak muda di negara ini,  justeru itu kerajaan memberi taruhan kepada Undi 18, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pelaksanaan Undi 18 itu membuktikan keyakinan kerajaan kepada anak muda dalam menyertai proses pembangunan negara. Ismail Sabri yang mengadakan perjumpaan dengan perwakilan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) hari ini berkata beliau telah berkongsi pandangan serta pelan tindakan untuk penambahbaikan. “Alhamdulillah, banyak input menarik yang telah saya terima…

Posted on: 29/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pendaftaran automatik, 5.8 juta individu diminta semak

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) meminta 5.8 juta bakal pemilih berusia 18 tahun dan ke atas untuk menyemak dan mengesahkan maklumat mereka kepada suruhanjaya berkenaan. Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata mereka boleh berbuat demikian mulai 1 hingga 31 Oktober ini melalui semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA). SPR akan mempamerkan maklumat bagi sejumlah 5.8 juta bakal pemilih dan memberi peluang kepada mereka untuk menyemak dan mengesahkan rekod mereka dengan suruhanjaya…

Posted on: 21/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan patuh keputusan mahkamah, tidak buat rayuan Undi 18

Kerajaan tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengarahkan Putrajaya untuk melaksanakan Undi-18 Sebelum 31 Disember 2021. Menjelaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya sudah membuat ketetapan mengenai perkara itu dengan mematuhi perintah mahkamah untuk menurunkan usia minimum pengundi dari 21 ke 18 tahun sebelum tarikh ditetapkan. Berita selanjutnya: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/parlimen-kerajaan-patuh-keputusan-mahkamah-tidak-buat-rayuan-undi-18/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 21/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Status pelaksanaan Undi 18 antara fokus Dewan Rakyat hari Selasa

Status pelaksanaan Undi 18 dan langkah yang akan diambil kerajaan untuk melaksanakannya  antara isu yang bakal dikupas pada persidangan Parlimen hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan oleh Gobind Singh Deo (PH-Puchong) kepada Perdana Menteri. Pada sesi soal jawab lisan itu juga,  Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-  Libaran) meminta Menteri Sains, Teknologi dan inovasi  untuk menyatakan jumlah perbelanjaan…