Tag: usahawan

Posted on: 20/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Usahawan enggan divaksin berhadapan kesukaran jalankan aktiviti ekonomi

Golongan usahawan dan peniaga yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan berhadapan kesukaran menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata ini berikutan status vaksinasi merupakan satu daripada kriteria penting untuk membolehkan individu untuk pergi ke mana-mana tempat.  “Bila tidak lengkap dos vaksin ini, individu yang tidak dapat masuk ke mana-mana tempat ini akan mengganggu aktiviti ekonomi mereka,” katanya kepada media selepas melawat proses…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Usahawan perlu sedia terima pendigitalan perniagaan

Usahawan perlu mempunyai perubahan minda yang mana mereka tidak boleh lagi mengambil sikap tunggu dan lihat, sebaliknya perlu turut berubah dan menerima pendigitalan dalam perniagaan, supaya mampu menghadapi persaingan dan meningkatkan kecekapan dalam operasi perniagaan. Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy, berkata pendigitalan adalah elemen penting bukan sahaja untuk memulihkan perniagaan, tetapi juga kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Katanya, pandemik COVID-19 telah menyedarkan kita bahawa untuk maju,…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

37,415 usahawan gulung tikar sepanjang tempoh pandemik – Noh

Sebanyak 37,415 usahawan terpaksa ‘gulung tikar’ sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda negara, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 26,007 daripadanya adalah usahawan mikro manakala bakinya 2,738 adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Justeru, katanya kementerian menyambut baik keputusan kerajaan untuk menarik semula larangan rentas negeri yang bermula semalam. “Pengumuman ini merupakan langkah yang terbaik dan peluang kepada rakyat terutamanya usahawan perusahaan…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Program CARE untuk bantu usahawan OKU – Noh

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah merangka satu program khas untuk membantu usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui Program Rintis ‘CARE: Capable and Reliable Entrepreneur’ dengan golongan sasaran dalam kalangan OKU mental. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) sebagai agensi pelaksana program CARE akan bersama rakan strategik Jabatan Pembangunan OKU (JPOKU) dan Yayasan Kesihatan Mental Malaysia melaksanakan program tersebut.…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12: Kerajaan tingkat program pembangunan keusahawanan, pupuk minda usahawan

Kerajaan akan terus mempertingkat program pembangunan keusahawanan bagi memupuk minda bersesuaian kepada mereka yang berminat menjadi usahawan, menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini.  Pembangunan keusahawanan akan berteraskan kepada Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030). Menurut dokumen itu, pendidikan dan latihan akan tertumpu kepada usaha membangunkan pelajar dengan set kemahiran usahawan dan kerjasama Triple Helix akan terus digalakkan bagi membolehkan usahawan memperoleh kemahiran dan kecekapan…