Tag: vaksin

Posted on: 11/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Vaksin tempatan bakal dilengkapi sijilan halal JAKIM

Pembangunan vaksin COVID-19 tempatan akan dilengkapi pensijilan halal sebagai nilai tambah, berbanding pelalian sama dihasilkan negara lain. Ini kerana penghasilan vaksin tempatan turut membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim, berkata keadaan itu jelas memberi kelebihan berkaitan pengkomersialan vaksin COVID-19 keluaran tempatan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, ia antara lain berkemungkinan…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Khidmat pakar penyelidik vaksin di universiti yang tamat tempoh disambung secara kontrak

Kerajaan bersetuju menyambung secara automatik khidmat pakar penyelidik berkaitan vaksin di universiti yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada usia 60 tahun selama lima tahun secara kontrak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan berkuat kuasa serta merta itu bagi memastikan pakar-pakar berkaitan yang masih menjalankan penyelidikan berkaitan vaksin terutamanya melibatkan subjek yang boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa dapat meneruskan dan menghabiskan penyelidikan mereka. “Jadi tidak ada lagi soal tidak terjamin dari segi tugas yang…

Posted on: 25/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

94.6 peratus populasi dewasa Malaysia lengkap divaksin

Populasi dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (24 Okt) adalah sebanyak 94.6 peratus atau seramai 22,143,545 orang. Menurut data Kementerian Kesihatan  (KKM) menerusi portal  COVIDNOW, sebanyak 97.5 peratus atau  22,813,885 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.  Sejumlah 124,530 dos suntikan turut diberikan semalam melibatkan 106,261 suntikan dos lengkap dan 9,831 suntikan dos pertama menjadikan kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini bertambah kepada 49,069,291…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

93.8 peratus populasi dewasa Malaysia kini lengkap divaksin

Jumlah populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 kini mencecah 21,960,911 orang atau 93.8 peratus setakat 11.59 malam tadi, demikian menurut data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW. Dalam tempoh sama, sebanyak 97.2 peratus populasi dewasa atau 22,745,310 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Semalam, sejumlah 134,180 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja yang menjadikan kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM cadang bersemuka dengan kumpulan antivaksin

Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk bersemuka dengan kumpulan antivaksin bagi memberi fakta dan penerangan berhubung vaksin COVID-19 berdasarkan kajian klinikal yang sahih, Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata beliau boleh mengatur perjumpaan itu dengan melibatkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Dr Noor Azmi berpendapat kumpulan terbabit perlu diberi penerangan yang sebetulnya berhubung vaksin COVID-19 kerana KKM tidak membuat sebarang keputusan secara semberono, malah berdasarkan…

Posted on: 17/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK: Individu lengkap vaksinasi tidak lagi perlu mohon EnterSarawak

Individu dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang lengkap vaksinasi COVID-19 tidak lagi perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak untuk memasuki negeri itu berkuat kuasa Isnin ini, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak. JPBN Sarawak dalam kenyataan semalam memaklumkan  individu yang ingin memasuki Sarawak hanya perlu  mengisi Borang Deklarasi e-Health (eHDF), tidak diwajibkan menjalani saringan COVID-19,  wajib memiliki bukti status lengkap vaksinasi serta  wajib memiliki status ‘Risiko Rendah’ atau ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala’ sahaja…

Posted on: 17/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan belum buat keputusan wajibkan pengambilan vaksin COVID19 – Ismail Sabri

Kerajaan belum membuat keputusan untuk mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata  bagaimanapun individu yang belum mengambil suntikan vaksin COVID-19,  digalakkan berbuat demikian bagi menikmati pelbagai keistimewaan termasuk melancarkan urusan untuk pulang ke kampung halaman. “Malah untuk urusan beribadah seperti mengerjakan Umrah juga diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi, saya yakin syarat yang sama akan diberi untuk kebenaran mengerjakan Haji yang dijangka bermula tahun depan.  “Ketua…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kadar populasi dewasa lengkap divaksin kini 91.2 peratus

Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 kini mencapai 91.2 peratus atau 21,355,550 setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 95 peratus populasi dewasa atau  22,247,174 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.  Semalam, sejumlah 206,418 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja. Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat…

Posted on: 14/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

90.9 peratus populasi dewasa kini lengkap divaksin

Malaysia kini mencatat 90.9 peratus populasi dewasa atau 21,290,960 individu lengkap menerima dos vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (13 Oktober).  Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 94.9  peratus populasi dewasa atau 22,230,828 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.  Selain itu, sejumlah 207,520 dos vaksin diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja. Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak…