Tag: Wee Ka Siong

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tiket penerbangan ke Sarawak mahal enam kali ganda bagi tarikh 2-8 November

Harga tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak merekodkan antara satu hingga enam kali ganda lebih mahal bagi tarikh penerbangan antara 2 hingga 8 November 2021, berbanding harga tiket pada 2019. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberitahu Dewan Rakyat hari ini laporan itu adalah berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada 27 Oktober lepas. Bagi laluan Semenanjung ke Sabah pula, beliau berkata Mavcom mendapati harga tiket…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pelabuhan Malaysia tersenarai antara pelabuhan paling efisien semasa pandemik

Malaysia masih mengekalkan kedudukannya dalam senarai kecekapan bagi prestasi pelabuhan walaupun semasa pandemik, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata  Pelabuhan Klang telah diiktiraf memiliki operasi paling efisien di antara 22 pelabuhan terbesar dunia dan paling terkenal di serata dunia, mengendalikan 131 buah kapal setiap minggu secara purata dan hanya mengambil masa 1.7 hari untuk menguruskan setiap kapal berbanding 1.3 hari dari 2017 hingga 2019 sebelum pandemik berlaku. “Ini…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pengusaha pengangkutan awam perlu pastikan penumpang lengkap vaksinasi

Semua pengusaha pengangkutan awam darat, udara dan sektor maritim diminta memastikan penumpang mereka lengkap vaksinasi sebagaimana yang dikehendaki di bawah prosedur operasi standard (SOP) bagi perjalanan rentas negeri, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. “Semua pengusaha perlu memastikan setiap penumpang atau pengguna pengangkutan awam menunjukkan sijil vaksinasi masing-masing bagi membuktikan bahawa mereka sudah lengkap vaksinasi,” menurutnya dalam kenyataan semalam. Beliau berkata susulan penarikan sekatan perjalanan rentas negeri seperti…

Posted on: 10/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kementerian Pengangkutan bantu penunggang p-hailing dapat lesen

Kementerian Pengangkutan akan menyediakan inisiatif bagi membantu penunggang yang menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing), mendapatkan lesen memandu sah bagi memudahkan mereka melibatkan diri dalam sektor berkenaan. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan Kementerian Kewangan, bertujuan meringankan beban mereka terutamanya individu yang hilang pekerjaan, tamat belajar dan mencari rezeki. “Kami memahami situasi yang mana sesetengah pihak terdesak untuk mendapatkan wang dan terpaksa  menggunakan…

Posted on: 06/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Belanjawan 2022: MOT saran tambah kaunter bergerak JPJ

Penambahan kaunter bergerak (mobile unit) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan antara perkara yang telah dicadangkan Kementerian Pengangkutan (MOT) kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk pertimbangan dalam Belanjawan 2022. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pihaknya berharap rancangan untuk menambah 30 unit kaunter itu dipertimbangkan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada negeri yang luas, khususnya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak serta penempatan masyarakat Orang Asli. “Kedua, kami  juga…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: MRT laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus, dijangka beroperasi Januari 2023

Pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua kini siap  93.52 peratus dan dijangka beroperasi pada Januari 2023 seperti yang dijadualkan.  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata infrastruktur utama seperti terowong, stesen dan struktur lain telah siap dibina dan baki kerja yang perlu disiapkan antaranya merangkumi perkhidmatan bangunan, kemasan seni bina dan landskap.  “Saya amat berbesar hati melihat tahap kemajuan ini, dan saya yakin Fasa Dua Laluan…

Posted on: 28/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kementerian Pengangkutan tidak pernah arah warga emas kembalikan lesen memandu

Kementerian Pengangkutan tidak pernah mengeluarkan arahan atau berhajat uuntuk mensyaratkan warga emas berusia lebih 70 tahun untuk mengembalikan lesen memandu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.  Beliau berkata kompetensi (memandu) adalah bukan berdasarkan faktor umur dan banyak sebab yang menentukan kemalangan jalan raya. “Kompetensi (memandu) adalah berlainan. Macam YB Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) beliau dapat memandu dengan baik. Jauh lebih baik daripada orang lebih muda. Tidak boleh…

Posted on: 28/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Wee nafi dakwaan peraturan baru, cat biru bahagian bampar bas sekolah

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menafikan dakwaan kementerian itu mengenakan peraturan cat biru pada bahagian bampar bas sekolah semasa pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).  Malah, Wee memaklumkan “peraturan” itu tidak pernah dikeluarkan kepada mana-mana pengusaha atau pengendali bas sekolah di negara ini. Menerusi hantaran di laman Facebook beliau malam ini, Wee turut berkongsi kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PUSPAKOM berkenaan dakwaan dibuat Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menerusi…

Posted on: 26/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tarik balik , hadkan lesen berdasarkan umur, pilihan terakhir

Menarik balik atau mengehadkan lesen kepada individu berdasarkan umur mereka seharusnya merupakan pilihan terakhir selepas tahap kecergasan seseorang untuk memandu disahkan secara telus menerusi satu ujian yang diiktiraf, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Wee ketika mengulas cadangan untuk mengehadkan pengeluaran Lesen Memandu Malaysia (LMM) kepada warga emas berusia 70 tahun dan ke atas, berkata ramai pemandu berusia lebih 70…