Tag: wilayah selatan

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Melaka meningkat

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Melaka meningkat kepada 685 orang pagi ini susulan hujan lebat yang melanda dua negeri berkenaan semalam. Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mohd Muaz Mohd Yusof berkata jumlah mangsa banjir di Kedah setakat 8 pagi tadi meningkat kepada 526 orang berbanding 337 orang malam tadi. “Empat lagi PPS dibuka malam tadi melibatkan PPS…

Posted on: 25/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Ahli keluarga perlu peka dengan soal kesihatan mental – Permaisuri Johor

Kesedaran soal kesihatan mental perlu dititikberatkan dalam kalangan masyarakat khususnya ahli keluarga agar dapat dikesan lebih awal dan langkah pencegahan dapat diambil, titah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris, hari ini.  “Perhatian lebih berat perlu diberikan terhadap isu kesihatan mental kerana ia boleh dibantu dan kesan buruknya dicegah, bermula daripada kalangan ahli keluarga kita sendiri atau anggota masyarakat sekeliling kita. “Saya berharap masyarakat menyedari bahawa ada badan bukan kerajaan (NGO)…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Pesara kerajaan Negeri Sembilan diingatkan waspada penipuan dalam talian

Pesara kerajaan diminta sentiasa berhati-hati selepas menerima wang persaraan bagi mengelakkan daripada ditipu dengan pelaburan dan perkongsian perniagaan tidak wujud, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun. Beliau berkata berdasarkan data yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2019 hingga 2020, sebanyak 2,464 kes penipuan direkodkan melibatkan 888 kes pinjaman tidak wujud, pembelian dalam talian (861), Love Scam (236) dan Macau Scam (479). “Pada 2019 sebanyak 1,818 kes penipuan melibatkan rakyat Negeri Sembilan…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: PRN MELAKA-Tarikh mengundi 20 November, penamaan calon 8 November

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Nov sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 8 Nov manakala pengundian awal pada 16 Nov. Pengumuman itu dibuat Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya negeri itu di sini hari ini. Melaka mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Abdul Ghani berkata bagi tujuan…

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Penunggang p-hailing di Melaka dikesan kerap langar lampu isyarat merah

Penunggang motosikal khidmat penghantaran (p-hailing) di negeri ini dikesan kerap melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  negeri Mohamad Firdaus Shariff. Beliau berkata sepanjang Op Merah yang dijalankan sejak 8 Okt lepas, sebanyak 112 notis daripada 183 notis kesalahan dikeluarkan membabitkan kesalahan tersebut. Beliau berkata sebanyak 549 motosikal diperiksa dalam operasi itu di samping kesalahan lain seperti tidak memakai topi keledar dan melanggar lampu isyarat lalu lintas…

Posted on: 14/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Kebakaran di Loji, 200 kawasan di Johor alami gangguan air

Kira-kira 200 kawasan di bandar raya  ini, Kulai dan Iskandar Puteri mengalami gangguan bekalan air luar jangka berikutan dua unit transformers di Loji Air Semangar, Jalan Kulai-Kota Tinggi di Kota Tinggi terbakar, kelmarin. Ranhill SAJ Sdn Bhd menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan antara kawasan terjejas melibatkan Senai, Skudai, Pulai, Austin, Sedenak, Seelong, Kempas, Kulai, Gelang Patah dan Nusajaya. “Kebakaran itu mengakibatkan loji dihenti tugas.  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…

Posted on: 14/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Had jemaah solat Jumaat di Johor ikut kapasiti ruang masjid dan surau mulai 15 Oktober

Johor yang kini berada dalam Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), membenarkan jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau mengikut kapasiti ruangan dengan mematuhi penjarakan fizikal satu meter, berkuat kuasa Jumaat ini. Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi, Mufti Negeri Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Samsudin, hari ini. Menurut kenyataan itu,…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Kerja baik pulih menara telekomunikasi di Melaka selesai

Kerja-kerja membaik pulih menara telekomunikasi yang terbakar di Taman Terendak Permai, Sungai Udang di sini,  selesai sepenuhnya pada 9 Okt lepas. Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan kerja-kerja membaik pulih berkenaan selesai empat hari lebih awal daripada yang dijadualkan. “Kerja-kerja baik pulih yang dijalankan melibatkan penggantian peralatan di dalam kabin, pemasangan pendawaian dan antena baharu. “Pengguna setempat yang sebelum ini mengalami gangguan akibat…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Sulaiman ketuai kerajaan sementara Melaka – SUK

Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengetuai kerajaan sementara Melaka dan dibantu oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang sedia ada, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Kamel Mohamad. Dalam kenyataan semalam, Kamel berkata Ahli MMKN yang terlibat akan menjalankan tugas masing-masing kecuali mereka yang telah meletak jawatan. Pembentukan kerajaan sementara itu adalah susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam pada 4 Oktober lepas.  Ia…