Tag: wilayah tengah

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: Bekalan air di 998 kawasan Lembah Klang pulih 68 peratus

Bekalan air bagi 998 kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih pada tahap 68 peratus sehingga 12 tengah hari ini.  Ketua Komunikasi Korporat  Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini memaklumkan  pemulihan di kawasan Hulu Selangor adalah sebanyak 100 peratus manakala Kuala Selangor pada 99.4 peratus dan Shah Alam catat 94.2 peratus. Petaling merekodkan 89.8 peratus pemulihan…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: 165,000 penganggur direkodkan di Selangor setakat Jun tahun ini

Selangor merekodkan kadar pengangguran 4.4 peratus atau melibatkan 165,000 penganggur setakat Jun tahun ini susulan krisis pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak awal tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Mohd Khairuddin Othman. Katanya kerajaan negeri memandang berat kadar berkenaan dan berharap peratusan itu dapat diturunkan melalui penganjuran program Jelajah Selangor Bekerja 2021 yang menyediakan menawarkan hampir 25,000 peluang pekerjaan. Beliau berkata melalui penganjuran program yang melibatkan sebanyak…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: JENDELA, Liputan 4G di Hulu Selangor capai 99.66 peratus

Inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah meningkatkan liputan 4G bagi kawasan berpenduduk di Parlimen Hulu Selangor kepada 96.66 peratus, setakat suku kedua tahun ini, berbanding 88.89 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata jumlah premis yang mendapat capaian gentian optik juga telah meningkat daripada 4,120 premis pada suku kedua 2020 kepada 25,007 premis pada Ogos lepas. “Selain pembinaan menara telekomunikasi dan satelit, kerajaan juga akan melaksanakan…

Posted on: 02/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: 998 kawasan di Selangor dijangka alami gangguan bekalan air selama tiga hari mulai 13 Oktober

Sejumlah 998 kawasan sekitar Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula pada 13 Oktober pukul 9 pagi hingga 16 Oktober. Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Suhaimi Kamaralzaman berkata gangguan disebabkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) akan dihenti tugas untuk memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal. “Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala…

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: Projek LRAL 2 dilaksana sepenuhnya anak syarikat Kementerian Kewangan – Exco

Kerajaan negeri Selangor memaklumkan pengurusan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL 2) dilaksanakan sepenuhnya oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan. Exco Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim berkata kerajaan Selangor tidak dilibatkan secara langsung dan menyeluruh dalam pelaksanaan projek tersebut. Jelasnya, kerajaan negeri hanya terlibat dalam perkara berkaitan dengan tanah tapak projek dan permit…

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: Pusat Penjaja D’Laman Rasa, Sg Besi mula operasi esok

Pusat penjaja baharu, D’ Laman Rasa di pekan Sungai Besi di sini yang akan menempatkan 64 penjaja, dijangka memulakan operasi perniagaan secara berperingkat bermula 1 Oktober ini. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pusat penjaja yang dibina bermula tahun 2016 itu, menempatkan semula penjaja tepi jalan di sekitar pekan Sungai Besi. “Saya  berharap dengan siapnya pusat penjaja D’laman Rasa Sungai Besi ini, ia dapat  memberikan keselesaan  bukan sahaja  kepada penjaja, tetapi juga kepada pengunjung dan secara…