Tag: Wilayah timur

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: 1,231 anggota APM Kelantan sedia diatur gerak hadapi monsun timur laut

Seramai 1,231 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan sedia diatur gerak bagi menghadapi Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang dijangka bermula hari ini (3 Nov) dan berterusan sehingga Mac tahun depan. Timbalan Pengarah APM Kelantan Lt Kol Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata selain anggota, pihaknya juga memiliki 157 kekuatan logistik serta  700 jaket keselamatan yang boleh digunakan dalam tempoh tersebut. Katanya, daripada jumlah itu terdapat 81 pelbagai jenis bot termasuk fiber…

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: 1,797 individu dapatkan rawatan kesihatan mental di Terengganu

Seramai 1,797 individu di  Terengganu telah mendapatkan rawatan kesihatan mental sejak Januari hingga September lepas, manakala sepanjang tahun lepas 2,144 individu mendapatkan rawatan berkenaan. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata ketika ini terdapat dua Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) di Terengganu yakni di Wakaf Tapai, Marang dan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Beliau berkata antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah rawatan psikiatri, kaunseling dan psikoterapi kepada individu yang…

Posted on: 25/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: MOSTI sedia bantu B40 usahakan projek minyak pokok gelam di Terengganu

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedia membantu lebih ramai golongan B40 terlibat dalam perusahaan minyak pokok gelam menerusi dana Malaysia Social Innovation (MySI). Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata ini adalah susulan kejayaan projek komuniti  yang dijalankan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama belia di Kampung Padang Jejawi, Setiu dan warga Pusat Tahfiz Lil Faizin di Seberang Takir. Beliau berkata minyak pokok gelam adalah satu sumber kekayaan yang boleh…

Posted on: 25/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: KMI Healthcare sasar pembinaan empat hospital baharu lima tahun lagi

Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare) milik kerajaan negeri Terengganu menyasarkan pembinaan empat lagi hospital baharu dalam tempoh lima tahun lagi, iaitu sebahagian daripada pelan pembangunan strategiknya. Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare Dr Rayney Azmi Ali berkata empat hospital tersebut ialah di Kemaman; Temerloh di Pahang; Kota Bharu, Kelantan dan di Pulau Pinang. “Pembinaan hospital dalam masa terdekat ialah di Kemaman dengan kapasiti 100 katil di tanah seluas 2.18 hektar milik…

Posted on: 25/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Belanjawan Kelantan 2022 dibentang pada 2 Disember

Belanjawan Kelantan 2022 dijangka dibentangkan pada 2 Disember ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub. Beliau berkata ketetapan tarikh pembentangan belanjawan itu telah diangkat kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada minggu lepas, bagi mendapatkan perkenan baginda. Menurut beliau belanjawan berkenaan akan dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim, di sini. “Selepas hari pembentangan (2 Disember), sidang DUN Kelantan akan bersambung semula pada 5…

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Bukit Besi bukan sekadar sejarah perlombongan, wujud perkampungan antarabangsa sejak 1929

Sejarah perlombongan di Bukit Besi bukan sahaja memaparkan memori peninggalan penjajah dalam sosioekonomi penduduk tempatan, tetapi juga bukti wujudnya perkampungan antarabangsa di negara ini sejak 1929. Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun Wan Mohd Rosli Wan Ngah berkata pada era kegemilangannya, kawasan itu didiami warga British, Amerika, Kanada, Australia, Belanda, Jerman, Afrika Selatan, India dan China. Katanya, tumpuan warga asing di situ menjadikan Bukit Besi dilengkapi pelbagai kemudahan moden termasuklah kolam…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Sektor pelancongan negeri pantai timur dijangka pulih dalam tempoh singkat

Sektor pelancongan di negeri-negeri pantai Timur dijangka kembali pulih dalam tempoh singkat berikutan sambutan dan  kehadiran pengunjung yang dicatatkan di lokasi tarikan pengunjung sangat memberangsangkan. Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur Hafiz Hazin berkata hasil tinjauan yang dilakukan di Kelantan, Terengganu dan Pahang mendapati banyak kawasan pelancongan sudah mula dikunjungi orang ramai. “Sebagai contoh di Tasik Kenyir, Terengganu dalam tempoh tiga minggu sahaja direkodkan seramai 35,000 pelancong domestik datang selepas beralih…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Terengganu dijangka terima taburan hujan lebih lebat akhir bulan ini

Terengganu dijangka menerima taburan hujan lebih lebat bermula akhir bulan ini, yang berisiko mengakibatkan banjir di kawasan rendah dan penempatan berdekatan sungai. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Hanafiah Mat berkata berdasarkan data taburan hujan yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kebiasaannya Terengganu menerima sekitar 3,000 milimeter (mm) hujan setiap tahun. “Namun kali ini taburan hujan dijangka mencecah 3,400mm hingga 3,600mm. Setakat ini catatan taburan hujan ialah hampir 2,000mm dengan kadar hujan…

Posted on: 09/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Pahang tawar 2,000 baucar pelancongan diskaun hotel

Kerajaan Pahang menawarkan Baucar Pelancongan Pahang berupa diskaun hotel menerusi aplikasi Pahang Go  yang dibangunkan kerajaan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Beliau berkata 2,000 baucar yang dihasilkan dengan kerjasama Tourism Pahang itu bertujuan merancakkan semula aktiviti pelancongan negeri yang suram selama hampir dua tahun akibat pandemik COVID-19, dan ia boleh ditebus di lebih 100 hotel bajet terpilih sekitar Pahang. “Baucar ini berdasarkan…