Tag: wilayah utara

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Mangsa banjir di Kedah meningkat, Melaka menurun

Mangsa banjir di Kedah pada sebelah petang semalam terus meningkat kepada 665 orang apabila sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Pendang manakala di Melaka mencatatkan penurunan dan di Perlis 103 mangsa ditempatkan di dua PPS. Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mej  (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata PPS Dewan Cenderawasih di Pendang itu, setakat ini menempatkan 61 mangsa daripada 19 keluarga, manakala PPS Dewan Rakan Sukan,…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Melaka meningkat

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Melaka meningkat kepada 685 orang pagi ini susulan hujan lebat yang melanda dua negeri berkenaan semalam. Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mohd Muaz Mohd Yusof berkata jumlah mangsa banjir di Kedah setakat 8 pagi tadi meningkat kepada 526 orang berbanding 337 orang malam tadi. “Empat lagi PPS dibuka malam tadi melibatkan PPS…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 546 orang daripada 160 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 523 orang daripada 159 keluarga pada sebelah malam tadi. Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata 11 mangsa dipindahkan di daerah Pendang dan 26 orang di daerah Kota Setar. Bagaimanapun, beliau berkata sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pokok Sena…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Jambatan Kedua alternatif elak kesesakan trafik ke P.Pinang

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini menasihati orang ramai yang hendak menyeberang ke bahagian pulau, Pulau Pinang agar menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) bagi mengelakkan kesesakan trafik. JKSB selaku pemegang konsesi JSAHMS dalam satu kenyataan memaklumkan JKSB telah bersedia dari segi operasi dengan menyediakan lapan lorong tol yang merangkumi perkhidmatan SmartTag, Touch N Go dan RFID bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan para pengguna dengan kadar tol hanya…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Usahasama Perak dan Lazada perkasa e-dagang, tingkatkan jualan PMKS

Usahasama kerajaan negeri Perak dengan platfrom e-dagang terkemuka Asia Tenggara Lazada dapat menggalakkan penggunaan platform itu di samping meningkatkan hasil jualan pengusaha mikro kecil dan sederhana (PMKS) di Perak. Lazada dalam kenyataan semalam memaklumkan usahasama itu dilaksanakan menerusi Karnival STeP Lazada yang diadakan pada 15 Okt hingga 31 Dis dalam mempromosikan perniagaan dan produk dari Perak menerusi laman khas Shop Malaysia Online di aplikasi berkenaan. “Lazada akan membawakan pelbagai tawaran…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Projek perintis Wi-Fi percuma, transaksi dalam talian di Astaka Perda, Pulau Pinang

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) hari ini melancarkan projek perintis Wi-Fi percuma dan transaksi tanpa tunai (e-dompet Boost) di Astaka Bandar Perda bagi menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai di semua pasar awam dan kompleks makanan di Pulau Pinang. Datuk Bandar MBSP Datuk Rozali Mohamud berkata kemudahan Wi-Fi percuma tersebut boleh digunakan oleh semua peniaga dan pengunjung Astaka Bandar Perda secara percuma tanpa sebarang syarat dan boleh diakses oleh 150 pengguna pada…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Kedah lancar program ‘Anakku Sejahtera’ bantu golongan miskin, berpendapatan rendah

Kerajaan Negeri Kedah hari ini melancarkan program ‘Anakku Sejahtera’ dengan pembiayaan RM1 juta diperuntukkan untuk diberi kepada setiap anak yang lahir di negeri ini mulai 1 Jan hingga 31 Disember tahun ini. Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata program itu inisiatif kerajaan negeri bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah di Kedah. “Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk Tabungan Simpan SSPN…

Posted on: 06/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Perak sedia terima ‘arus rentas negeri’ – MB

Perak tidak akan menolak ‘arus rentas negeri’ sebaliknya bersedia menerima kehadiran pelawat dan pelancong sebagaimana hasrat kerajaan untuk membenarkan kelonggaran tersebut apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa. Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata pihak berwajib termasuk pihak berkuasa tempatan dan pemain industri pelancongan akan bersiapsiaga dalam mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 sebaik kelonggaran rentas negeri dilaksanakan. “Dalam mesyuarat (mesyuarat kerajaan negeri) hari…